PERHATIAN! untuk sementara ini, peluang untuk menyimpan harta abadi ANDA!
AKADEMI
TAHFIZ AL HIRA memelukan ihsan ANDA yang ingin manabur bakti. Daripada hadith HartaYB Gobin
Singh Deo telah membuat lawatan ke akademi dan memberi sedikit sumbangan
peribadinya. Beliau membantu, anda bagaimana...
"Perumpamaan
mereka yang mendermakan harta benda ke jalan Allah, ibarat menaman
sebiji benih yang akan menumbuhkan 7 pokok..dan tiap-tiap pokok itu
membuahkan seratus biji. Dan Allah selalu melipatgandakan kepada
sesiapa sahaja yang dikehendakinya, dan Allah Maha Berkuasa
(anugerahnya) lagi Maha Mengetahui"
Baca berita di Harakah Daily tentang
lawatan YB Gobin Singh Deo ke Akademi Tahfiz Al Hira pada 21/4/2009,Klik disinii
Jika anda ingin membantu Akademi Tahfiz Al Hira, sila klik butang INFAK
berwarna hijau mudah dibawah atau disini untuk memberi sumbangan.
Cara Membantu ANDA,
ANAK-ANAK ANDAsertaKELUARGA
ANDA"Mempelajari Ilmu Khusus Tentang
Al-Quran" Daripada Ustaz/ustazah Akademi
Tahfiz Al Hira Bukan Lagi Suatu Yang Mustahil,
InsyaAllah... INFAQJuga Dialu-alukan Bagi
Yang Mampu dan Berkeinginan Menyimpan Harta Abadi Anda, Alhamdulillah...
Kami
menyediakan kaedah pembelajaran khusus tentang Al-Quran untuk
kanak-kanak dan orang dewasa, iaitu Tajwid Al-Quran Kaedah A-Ba-Ta,
Kaedah
Hafazan Al-Hira' dan Kaedah Memahami Bahasa Al-Quran Al-Hira'. Tidak
ketinggalan juga kami
ada menyediakan pembelajaran Bahasa Arab dan perkara-perkara Asas
Fardhu Ain untuk setiap muslim
Akademi Tahfiz Al-Hira'
Akademi
Tahfiz Al-Hira' adalah pusat pengajian khusus ilmu berkaitan Al-Quran
yang boleh membantu kanak-kanak dan orang dewasa pandai membaca
Al-Quran secara bertajwid,
menghafal Al-Quran dan memahami Bahasa Al-Quran dan insyaAllah dapat
memberi manfaat
kepada anda, sekeluarga dan juga masyarakat.
Tidak
seperti pusat tahfiz yang lain, Akademi Tahfiz Al-Hira' adalah pusat
pengajian khusus Ilmu Al-Quran yang beroperasi dan bakal beroperasi di
bandar, pingir bandar dan taman-taman perumahan. Kaedah pembelajaran
telah disusun khas untuk kanak-kanak dan khas untuk orang dewasa
sebegitu supaya mudah dipelajari dan difahami secara berperingkat agar
pelajar mendapat ilmu secara mudah dan semaksima mungkin dan insyaAllah
boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Kelas Bahasa Arab dan Fardhu
Ain juga disediakan.
Keterangan lanjut
kaedah utama kami, sila klik Kaedah ABaTa Belajar Mengaji Secara
Bertajwid, Kaedah Hafazan, dan Memahami Bahasa Al-Quran.
MENGAPA Mengaji
Bertajwid, Hafazan Al-Quran dan Memahami Bahasa Al-Quran?
Mengaji
Bertajwid
Belajar tajwid al-quran adalah Fardhu
Kifayah tetapi Mengaji Bertajwid ataupun membaca Al-Quran secara
bertajwid adalah Fardhu
Ain. Maka, secara umumnya, setiap muslim yang membaca
Al-Quran mestilah bertajwid. Maka anda juga semestinya membaca Al-Quran
secara bertajwid. Jika anda mempunyai masalah membaca Al-Quran secara
bertajwid, anda semestinya memerlukan bantuan kami untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Keterangan lanjut berkenaan kaedah mudah yang kami
sediakan untuk anda belajar membaca Al-Quran secara bertajwid, sila
klik disini.
Hafazan
Al-Quran
Menghafaz
sebahagian surah-surah Al-Quran untuk dibaca ketika solat adalah Fardhu Ain.
Sementara menghafal keseluruhan Al-Quran adalah Fardhu Kifayah.
Pahala yang paling besar dalam membaca
Al-Quran adalah ketika anda bersolat, malahan Surah Al-Fatihah adalah
rukun bagi solat. Jika tidak mampu untuk keseluruhan Al-Quran adalah
lebih baik jika anda hafal akan surah-surah
yang dikategorikan penting kerana surah tertentu ini boleh membawa
keamanan kepada anda dalam menjalani kehidupan di dunia ini jika
senantiasa diamalkan setiap hari terutama sebelum tidur. Cotohnya,
Surah Al-Waqiah - mampu memjadikan anda 'KAYA' dari segi keperibadian,
ketenangan, berkecukupan dan sebagainya yang berkaitan. Surah Al-Mulk -
akan menghindari anda daripada siksaan kubur kerana surah ini akan
menjaga dan membela anda sewaktu anda berada di dalam kubur. Keterangan
lanjut berkenaan kaedah mudah hafazan yang kami sediakan untuk anda
orang awam, sila klik disini.
Kepuasan lain yang bakal anda dapat
ialah tanpa anda sedari, anda telah melatih diri anda dengan
kelancaran bacaan yang baik serta gaya bacaan yang indah. Yang demikian
itu membuatkan anda begitu seronok dalam membaca Al-Quran.
Memahami
Bahasa Al-Quran
Alangkan
seronoknyanya jika anda boleh memahami setiap patah perkataan Al-Quran
yang anda baca. Ia akan membuatkan anda merasa sangat bermakna. Tahukan
anda bahawa perkataan dasar Bahasa Arab dalam Al-Quran adalah kurang
daripada 2000 sahaja. Dan Ini sebenarnya adalah termasuk keajaiban
Al-Quran. Dengan jumlah perkataan yang sedikit ini, adakah anda tidak
mahu mengetahui dan mengingatinya untuk keperluan diri anda?
Jika
anda mampu untuk mempelajari Bahasa Inggeris, masakan tidak untuk
bahasa Al-Quran yang mana anda melihat dan menyebutnya sahaja pun sudah
mendapat pahala disisi Allah s.w.t. Belum lagi mengira pahala yang
bakal anda dapat jika anda mengamalkan apa yang telah anda fahami di
dalam kitab Allah s.w.t. ini. Jadi, marilah bersama-sama meningkatkan
diri dengan mempelajari dan memahami Bahasa Al-Quran. InsyaAllah, akan
dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Keterangan lanjut berkenaan kaedah
mudah Memahami Bahasa Al-Quran yang kami sediakan untuk anda, sila klik
disini.
SERTAI Akademi Tahfiz Al-Hira'
Sebagai Guru Akademi
Tahfiz Al-Hira'
Kepada anda yang mempunyai satu atau lebih
kemahiran di bidang Tajwid Al-Quran atau Hafazan Al-Quran atau Asas
Bahasa Arab dan berminat menjadi guru kepada kaedah/modul kami, kami
menggalakkan anda untuk berdaftar dengan kami.
Dengan mendaftar dengan kami, anda akan mendapat
bimbingan percuma daripada kami untuk menjadi guru khusus
kepada modul pembelajaran Al-Quran kami. Anda yang
telah mendapat bimbingan boleh medapat pendapatan tambahan dengan
mengajar secara sambilan modul kami kepada pelajar yang telah berdaftar
dengan kami di kawasan anda. Hampir 90% pendapatan/sumbangan
mengajar adalah hak anda. InsyaAllah, jika anda
rajin, anda boleh mengumpul lebih daripada RM1000 sebulan
dengan hanya mengajar secara sambilan. Anda hanya perlu
mendapatkan modul daripada kami dengan harga potongan guru Akademi
Tahfiz Al-Hira’.
Sila klik butang di bawah untuk
mendaftar. Terimakasih.
Sebagai Pelajar Akademi Tahfiz Al-Hira'
Sekiranya
anda memerlukan pertolongan kami untuk meningkatkan ilmu anda berkenaan
dengan pembelajaran Tajwid Al-Quran, Hafazan Al-Quran atau memahami
Bahasa Al-Quran seperti yang dinyatakan, kami menggalakan anda
berdaftar dengan kami di sini.
Dengan
pertolongan daripada Allah s.w.t. yang Maha Merancang, insyaAllah anda
berpeluang belajar dengan guru yang telah kami latih dan menggunakan
kaedah pembelajaran yang paling mudah diikuti.
Kami
mengucapkan tahniah kepada anda yang berdaftar dengan kami
disini. InsyaAllah, kami akan cuba sedaya upaya kami untuk
membantu anda mahir samada di bidang Tajwid Al-Quran atau
Hafazan Al-Quran atau Memahami Bahasa Al-Quran dengan menggunakan modul
kami yang telah terbukti mudah di ikuti ini.
Sila klik
butang di bawah untuk mendaftar. Terimakasih.
Daftar
Sekarang atau anda hanya ingin
berdiri diantara keduanya, mengajar
tidak belajar pun
tidak. Janganlah kiranya anda termasuk dalam
golongan orang
yang
rugi sepertimana firman
Allah s.w.t. dalam surah Al-Ashr,"Demi masa,
sesungguhnya
manusia itu
berada dalam kerugian, kecuali
mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan dengan kebenaran
dan berpesan dengan kesabaran."
Gunakanlah
kesempatan yang diberi ini,
semoga anda dan kami tidak akan menyesal di kemudian hari.
Masa
dan usia kita janganlah disiakan kerana ia tidak akan
kembali Klik
Disini untuk
DAFTAR