SEDEKAH ITU PEMBUKA REZEKI DAN PENOLAK BALA..


Walaupun nilai RM10, ianya amat berharga untuk kami di sini..


Mohon maaf jika kami terpaksa merayu sumbangan daripada tuan/puan kerana..


PKP YANG BERPANJANGAN MEMBUATKAN SUMBER PENDAPATAN KAMI TERJEJAS LEBIH TERUK..

Sebelum wabak COVID-19, kami mengadakan pelbagai program berbayar seperti ceramah di masjid & kelas mengaji Quran untuk orang ramai. Alhamdulillah, program-program kami mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Selain itu, kami juga melakukan jualan produk di ceramah-ceramah


Hasil kutipan daripada sumber-sumber inilah membolehkan kami membiayai kos pengurusan para pelajar tahfiz kebajikan tanpa perlu bergantung kepada sumbangan orang ramai sepenuhnya.


Malangnya oleh kerana wabak COVID19 & pelaksanaan PKP yang berpanjangan, banyak program/ceramah kami terpaksa dibatalkan dan kami kehilangan salah satu sumber kewangan utama kami..


 300 pelajar tahfiz & 25 orang guru memerlukan bantuan anda.. 



Hampir keseluruhan penghuni rumah & tahfiz kebajikan kami adalah anak yatim serta anak asnaf.
 

Mereka sudah bertahun hidup di jalanan.. ada yang sudah kehilangan ibu atau ayah.


Ada yang tidak pernah merasa pergi ke sekolah. Ada yang kerja harian mereka mencari tin-tin kosong semata-mata untuk mencari duit untuk makan setiap hari.


Kami ambil mereka.. kami berikan mereka tempat tinggal PERCUMA. Kami bagi mereka pendidikan PERCUMA.

 

Dari tak pandai solat, kami bantu sehingga boleh menjadi imam.


 Dari yang tidak pandai membaca Quran, kami ajarkan sehingga mampu menghafaz juzuk-juzuk Quran. Alhamdulillah..

 

Tetapi..kami mempunyai sumber dana yang amat TERHAD..
Ditambah pelaksanaan PKP yang berpanjangan semakin menekan sumber kewangan kami..



 PERJUANGAN KAMI.. 

 

Dengan kerjasama Pertubuhan Sayang Al Quran    



Akademi Tahfiz Al Islah & Pertubuhan Sayang Al Quran adalah penganjur utama Konvensyen Islamik Digital (KID)  2021 baru-baru ini.

Akademi Tahfiz Al Islah  adalah satu badan amal yang ditubuhkan khas untuk membantu pusat-pusat tahfiz & rumah kebajikan. Akademi Tahfiz Al Islah  berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM (No Pendaftaran: TR0232151-A)(Sdn.Bhd.) dan JAWI (Kod JAKIM: WZH011D) .


Antara misi terbesar Akademi Tahfiz Al Islah adalah memastikan golongan anak asnaf diberi perlindungan dan tidak ketinggalan dalam agama & pendidikannya seperti anak-anak yang lain.


Kami tidak mahu melihat anak-anak asnaf ini rosak masa depannya hanya kerana mereka tidak bernasib baik  seperti anak-anak lain. Mereka ini anak-anak muslim tuan/puan.. kami mengambil tanggungjawab ini untuk membentuk mereka menjadi muslim yang berguna pada agama & negara.


Anak yatim/ anak asnaf yang ditempatkan di Tahfiz Kebajikan kami diberi penginapan secara percuma dan diberikan pendidikan juga secara percuma melalui penerapan nilai kerohanian, fardhu ain, dan cintakan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

 










 RAYUAN SUMBANGAN DANA PENGURUSAN TAHFIZ KEBAJIKAN

Sehingga kini Akademi Tahfiz Al Islah sedang membangunkan dan mengurus 9 buah tahfiz kebajikan di seluruh negara, iaitu:


  1. Maahad Tahfiz Hayatul Muslim (Negeri Sembilan)

  2. Akademi Tahfiz An Naser (Kota Bharu)

  3. Akademi Tahfiz As Siddiq (Telok Panglima Garang, Banting)

  4. Baitul Islah Lil Bannat (Desa Pinggiran Putra, Putrajaya)

  5. Akademi Tahfiz MyQuran Al Falah (Batu Pahat, Johor)

  6. Projek Tahfiz Al Islah (Gombak Selangor)

  7. Projek Tahfiz Kompleks IMAM (Teluk Intan, Perak)

  8. Projek Tahfiz International (Pokok Sena, Kedah)

  9. Projek Tahfiz Al-Insan (Pahang)

 

Memandangkan Akademi Tahfiz Al Islah bergerak atas badan amal, tanpa menerima peruntukan dari pihak kerajaan, dana utama kami adalah daripada sumbangan ikhlas para dermawan seperti anda.

 

Daripada sumbangan tuan/puan inilah pihak tahfiz akan membahagikan dana tersebut kepada 9 cawangan untuk meneruskan pembangunan & pengoperasian tahfiz kebajikan Al Islah.


KEPERLUAN MENDESAK KAMI.. 

4 tujuan utama untuk kami memohon sumbangan dana daripada tuan/puan:

  1. Pembayaran bil utiliti & kos operasi

  2. Kos keperluan harian anak-anak tahfiz, seperti makanan, minuman

  3. Kos pembayaran guru-guru terlatih untuk datang mengajar para pelajar tahfiz kami

  4. Kos menyediakan kemudahan untuk keselesaan pelajar, seperti perabot, meja belajar


 BERAPA YANG DIPERLUKAN ? 


Pihak Tahfiz memerlukan sebanyak RM 100,000 setiap bulan bagi menanggung kos pengurusan operasi 9 cawangan Tahfiz ini yang perlu dibayar bagi keberlansungan penjagaan & pendidikan.


KE MANA SUMBANGAN ANDA PERGI?


Pecahan dana adalah seperti berikut :  

+ Pembayaran bil utiliti & kos operasi (RM30,000)

+ Kos keperluan harian anak-anak tahfiz, seperti makanan, minuman (RM20,000)

+ Kos pembayaran guru-guru terlatih untuk mengajar para pelajar tahfiz kami (RM40,000)

+ Kos menyediakan kemudahan untuk keselesaan pelajar, seperti perabot, meja belajar (RM10,000)

**Kos di atas adalah anggaran dana yang diperlukan


 BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU ?         

 

Kami mencari 2,000 para dermawan yang sudi menginfaqkan RM50 sahaja setiap bulan bagi melancarkan perancangan & operasi tahfiz-tahfiz kebajikan ini.


Untuk memudahkan tuan/puan menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyusun mengikut pakej seperti di bawah:

 

1. PAKEJ INFAQ PLATINUM- RM 300


2. PAKEJ INFAQ GOLD - RM 200


3. PAKEJ INFAQ SILVER - RM 100

4. PAKEJ INFAQ BRONZE - RM 25

5. PAKEJ INFAQ SEIKHLAS HATI - RM 10



“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.

( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

 JANGAN TINGGALKAN MEREKA TUAN/PUAN...


Kami ke arah membimbing mereka semua untuk menjadi Al Hafiz penghafaz Al Quran.
Mungkin kerana mereka asbab kita sama-sama ditarik masuk ke syurga bersama-sama mereka.. Amiin..

Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini. Amiin Ya Rabb..


Penafian: 

1. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD.   Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.                                                     
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.  
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  : 016-2600098  (USTAZ SAIFUL)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
PAKEJ INFAQ PLATINUM RM300
PAKEJ INFAQ GOLD RM200
PAKEJ INFAQ SILVER RM100
PAKEJ INFAQ BRONZE RM25
PAKEJ INFAQ SEIKHLAS HATI RM10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel admin@akademitahfiz.org di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaAkademi Baitul Islah Lilbanat
No. Akaun8604531291
Buka CIMB Clicks  

PENGESAHAN



Maklumat Peniaga

Akademi Tahfiz Al Islah
admin@akademitahfiz.org
+60162600098